Thursday, March 25, 2010

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SEMESTER 2 (09/10)

PSIKOLOGI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (KAC 0033)

TEORI PEMBELAJARAN- TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY

KUMPULAN 4

GROUP D

NAMA PENSYARAH: CIK NORLY BINTI JAMIL

Tuesday, March 23, 2010

1.0 Pengenalan


1.1 Jean Piaget

Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist." Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran Falsafah (biologi) pada umur 25 tahun , tetapi selepas itu, beliau menumpukan perhatiannya kepada kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Adalah ditegaskan bahawa perkembangan kognif ini adalah dipengaruhi dengan perkembangan potensi dari aspek lain, misalnya fizikal, intelek, dan sosioemosi.

Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai

Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun) , Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) , Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang memperngaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak.

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget (1896-1980)

2.1 Pengenalan Kepada Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Teori Piaget dianggap sebagai teori perkembangan kognitif yang lebih menyeluruh walaupun ada yang masih menyoal dan tidak menyetujuinya.Teori ini ada pada dasarnya telah menjadi menjadi asas dan pengaruh kepada teori dan penyelidikan yang selanjutnya. Piaget mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan kecerdasan dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat belajar mengikut kemampuan perkembangan intelek yang didalami oleh kanak-kanak dengan berterusan. Pemerhatian beliau terhadap kanak-kanak secara berterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan anak-anak sendiri, maka beliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah dan teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak. Menurut piaget, sistem-sistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem logikal yang digunakan oleh orang dewasa. Untuk memahami perkembangan, sistem-sistem ini seharusnya didefinisikan dan dibahagi mengikut ciri-ciri yang tersendiri. Piaget percaya fungi kecerdasan adalah untuk membanu menyesuaikan diri (adaptasi) kanak-kanak terhadap persekitaran.

Fokus penyesuaian (adaptasi) adalah berdasarkan perkembangan kognitif yang dilihat bersama-sama dengan respon kompleks yang dialami terhadap persekitaran. Dengan meningkatkannya pembelajaran dan kematangan kanak-kanak, kedua-dua kecerdasan dan manifestasinya menjadi berbeza-beza. Piaget percaya perkembangan berlaku dalam tahap-tahap yang mengalami perubahan melalui equilibration (penyeimbangan) keadaan yang menyebabkan kanak-kanak mencari suatu keseimbangan di antara apa yang dialami dalam persekitaran dengan proses dan struktur kognitif yang dihadapinya. Equilibration melibatkan tiga proses. Proses pertama, dalam situasi-situasi tertentu, skema dan tahap pemikiran kanak-kanak adalah cukup untuk menyesuaikan atau mengadaptasikan cabaran-cabaran persekitaran. Maka, kanak-kanak tersebut adalah dalam keadaan equilibrium (keseimbangan). Proses kedua kanak-kanak juga diberi informasi yang tidak sesuai dengan skema kanak-kanak kurang menghadapi cabaran-cabaran baru.

2.2 Peringkat Perkembangan Teori Kognitif Jean Piaget

2.2.1 Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun)

Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan seria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahir selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitrannya. Antara 4 hingga 8 bulan, bayi itu kelihatan telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. Apabila berusia satu tahun, dia mula menyedari objek-objek lain di dalam persekitarannya. Diantara 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak cuba menggunkan berbagai-bagai skema (struktur menyelesaikan masalah yang dia hadapi). Pada akhir dua tahun, kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannnya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. Contohnya, bayi berumur sebelum Sembilan bulan tidak akan mencari objek yang tidak kelihatan setelah diperhatikan objek tersebut sebelummya. Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.


c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.


2.2.2 Peringkat Pra Operasi (2 hingga 7 Tahun)

Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta symbol untuk mengambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun kanak-kanaktelah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasai, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka percaya semua objek mempunyai jiwa, oleh itu mereka tidak boleh membezakan angan-angan dengan kenyataan. Mereka hanya boleh memikir secara transdaktif, iaitu daripada contoh khusus kepada contoh contoh khusus sahaja. Namun demikian, mereka tidak boleh memikir secara deduktif (daripada umum kepada contoh khusus) dan secara induktif (daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir peringkat ini, mereka mula berupaya member sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri-ciri tertentu dan memahami konsep pengabadian bilangan.

2.2.3 Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 12 Tahun)

Tahap ini bermula pada umur tujuh tahun atau lapan tahun hingga 11 atau 12 tahun. Kanak-kanak dapat memanipulasikan dan membentuk reprentasi mental secara dalaman. Mereka mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang konkrit seperti computer, perabot dan benda-benda maujud. Dalam eksperimen konservasi kuantiti yang dilakukan oleh Piaget, kanak-kanak dapat mengabadikan (conserve) dalam minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran objek atau benda-benda. Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi segera seperi rupa bentuk objek secara luaran. Dengan perlahan-lahan mereka membentuk peraturan dan skema dalaman tentang apa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku.Seterusnya, menggunakan skema dalaman untuk member panduan tentang penaakul daripa bentuk luaran sahaja. Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengenal pasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya. Seterusnya, implikasi logikal dapat menyedarkan kanak-kanak tentang objek-objek yang disentuh. Menurut Piaget, tahap terakhir dalam perkembangan kognitif adalah meneliti dan mengsplikasi prinsip-prinsip yang sama kepada konsep-konsep abstrak.

2.2.4 Peringkat Operasi Formal (selepas 12 Tahun)

Tahap operasi formal bermula umur 11 atau 12 tahun dan seterusnya melibatkan operasi mental pada yang abstrak dan symbol yang mungkin tidak mempunyai bentuk fizikal dan konkrit. Dalam pada itu, kanak-kanak mula memahami perkara-perkara yang mungkin mereka tidak terlibat dan alami secara langsung. Lebih daripada itu, mereka dapat membentuk dan mencari untuk mewujudkan representasi mental pada situasi yang dihadapinya dengan logic. Justeru, teori perkembangan kognitif adalah berasaskan tahap demi tahap. Bagi Piaget, tahap-tahap ini berlaku pada usia yang sama bagi kanak-kanak. Setiap tahap memasuki tahp baru, kanak-kanak memikirkan cara-cara dan ciri-ciri yang dikenal pasti dalam tahap berkenaan dengan nyata dan berkesan. Dalam peringkat, remaja telah boleh memikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh memikir secara deduktif atau induktif dan menggunakannya untuk membuktikan teori atau hukum matematik.

2.3 Empat Tahap Perkembangan Kognitif Piaget

Tahap

Tempoh

Sensori Motor

Sejak lahir hingga 2 tahun

Praoperasi

2 hingga 7 tahun

Operasi Konkrit

7 hingga 12 tahun

Operasi Formal

11 tahun hingga zaman remaja

Jadual Empat tahap Perkembangan Kognitif Piaget

3.0 Asas-Asas Konsep Teori Jean Piaget (1896-1980)


Di dalam Teori Kognitif Kanak-Kanak yang telah dibincangkan, Piaget menenkankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat, di dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, pembelajaran sebearnya telah berlaku apabila individu memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda yang terdapat dalam alam sekitar.

Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung huraian lima konsep asas teori iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif individu.

3.0.1 Skema (Schema)

Skema merupakan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubasuaian diri dalam alam sekitar. Ia adalah dirujuk sebagai kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi. Oleh itu, skema yang ditonjolkan, misalnya aksi, bahasa, pemikiran, pandangan ataupun idea yang boleh mewakili ciri tingkah laku, adalah disebut sebagai skema individu. Maka, skema individu merupakan tinkah laku yang sering berubah mengikut pembelajarannya. Di dalam peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak skema tingka laku mereka berubah dari semasa ke semasa, biasanya dari kasar kepada halus, dan daripada mudah kepada kompleks. Contohnya,kanak-kanak memegang sesuatu benda adalah skema pegangangnya. Ini menyebabkan teknik memegangnya semakin beransur-ansur maju apabila perubahan skema kanak-knaakini sebenarnyamewakili hasil yang diperolehi daripada pembelajarannya.

3.0.2 Adaptasi (adaptation) dan Keseimbangan (equilibration)

Di dalam teori pembelajaran kognitif Piaget, adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi satu sama lain. Tambahan pula, kedua-duanya menggunakan skema sebagai asas tindakan dia antara mereka. Kehidupan individu di dalam alam sekitar, sekiranya skemanya (bentuk tingkah laku) yang sedia ada telah memadai digunakan untuk memuaskan keperluan semasa proses pengubahsuaian diri, maka individu itu tidak perlu lagi memperolehi pengalaman baru, dan pembelajaran baru tidak akan berlaku lagi. Di dalam situasi ini, ia bermakna skemanya belum berubah, bentuk adaptasi pun belum berubah, oleh itu perhubungan dalaman dan luaran individu adalah dikatakan sedang di bawah keadaan keseimbangan. Sebaliknya, jika seseorang individu tidak dapat menggunakan skemanya yang sedia ada untuk mengadaptasikan keperluan alam sekitar, keadaan keseimbangan di antara individu itu dengan alam sekitarnya akan hilang dan lenyap . Di dalam proses ini, keseimbangan adalah sama dengan sesuatu kuasa penggerak dalaman, iaitu di bawah konteks psikologi adalah dikatakan sebagai motivasi pembelajaran. Adalah ditegaskan disini, Piaget menghuraikan pembelajaran sebagai motivasi individu yang mengambil inisiatif sendiri untuk megubahsuai diri dalam alam sekitar dan bukan seperti teori rangsangan.

3.0.3 Asimilasi (assimilation) dan Akomodasi (accommodation)

Untuk mengekalkan keseimbangan, iaitu memperolehi pula kepuasan kerana motivisi, individu terpaksa mengubahsuai diri melalui proses adaptasi. Di dalam proses adaptasi ini, skema individu beransur-ansur berubah hingga perubahan tingkahlakunya menjadi semakin kompleks. Mengikut pandangan Piaget, adaptasi merangkumi dua bentuk, satunya ialah asimilasi dan satu yang lain ialah akomodasi, kedua-dua saling berkait dan saling melengkapi dalam pembentukan proses pembelajaran kognitif secara keseluruhan. Fenomena mengubah struktur kognitif kerana proses adaptasi adalah dikenali sebagai proses akomodasi. Dengan huraian ini, adalah didapati bahawa akomodasi merupakan sesuatu proses psikologikal yang berlaku semasa seseorang individu berusaha atas inisiatif sendiri melalui mengubah struktur kognitif dengan tujuan mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Ringkas kata, mengikut piaget, murid belajar melalui proses adaptasi, mengorganisasi ilmu atau maklumat baru dan dengan proses asimilasi, i , mentransformnya dalam struktur kognitif (skema) dengan ilmu dan maklumat yang sedia ada dapat diperkukuh serta ditambah. Bagi ilmu atau maklumat yang tidak seimbang dengan skemanya, mereka menggunakan proses akomodasi untuk cara reorganisasi dan menyesuaikannya dalam struktur kognitif dan dengan proses yang sedemkian, ilmu pengetahuan murid dapat diperkembangkan dan dipertingkat kepada tahap yang lebih tinggi.