Tuesday, March 23, 2010

4.0 Perhubungan Teori Jean Piaget (1896-1980)


4.1 Aplikasi Teori Piaget dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan fizikal individu. Mengikut Piaget, pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsic individu, guru hendaklah menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

Joyce, Weil dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif konstruktivisme) menyaran dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif.

4.2 Teori Pembelajaran Kognitif Piaget dalam Pengajaran

Sebagai guru yang mengajar pelbagai subjek di tadika, kita harus menumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah. Murid-murid sekolah rendah hanya memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktik merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran matematik. Semua konsep matematik baru harus diperkenalkan melalui contoh-contoh konkrit. Pengajaran geometri harus diperkenalkan dengan gambar rajah atau model dan kaedah membuktikan teorm harus dielakkan. Murid-murid dalam peringkat operasi konkrit tidak berupaya membuktikan teorm geometri yang abstrak.

Adalah didapati murid-murid sekolah rendah mahupun tadika tidak dapat membuat generalisasi daripada contoh-contoh matematik. Oleh itu, mereka tidak boleh memahami hukum –hukum matematik seperti hukum tukar tertib, hukum sekutuan dan hukum taburan yang dirumuskan daripada contoh-contoh matematik itu. Ramai murid sekolah rendah suka menghafal apa yang di ajar oleh guru tanpa memahami konsep matematik yang sebenar. Oleh itu, didapati ramai daripada mereka kurang mampu menyelesaikan nasalah dengan menggunakan symbol matematik yang mereka pelajari. Untuk membimbing murid mengatasi masalah ini, pengajaran mengenai masalah matematik harus sentiasa dikaitkan dengan situasi yang sebenar dan perkenalan symbol matematik harus dikaitkan dengan contoh yang konkrit.

4.3 Aplikasi Teori Kognitif Lev Vygotsky

Perkembangan kognitif dan bahasa anak-anak tidak berkembang dalam suatu situasi sosial yang hampa. Lev Vygotsky (1896-1934), seorang psikolog berkebangsaan Rusia, mengenal poin penting tentang pikiran anak ini lebih dari setengah abad yang lalu. Teori Vygotsky mendapat perhatian yang makin besar ketika memasuki akhir abad ke-20.Sezaman dengan Piaget, Vygotsky menulis di Uni Soviet selama 1920-an dan 1930-an. Namun, karyanya baru dipublikasikan di dunia Barat pada tahun 1960-an. Sejak saat itulah, tulisan-tulisannya menjadi sangat berpengaruh. Vygotsky adalah pengagum Piaget. Walaupun setuju dengan Piaget bahwa perkembangan kognitif terjadi secara bertahap dan dicirikan dengan gaya berpikir yang berbeda-beda, tetapi Vygotsky tidak setuju dengan pandangan Piaget bahwa anak menjelajahi dunianya sendirian dan membentuk gambaran realitas batinnya sendiri. Banyak developmentalis yang bekerja di bidang kebudayaan dan pembangunan menemukan dirinya sepaham dengan Vygotsky, yang berfokus pada konteks pembangunan sosial budaya. Teori Vygotsky menawarkan suatu potret perkembangan manusia sebagai sesuatu yang tidak terpisahkan dari kegiatan-kegiatan sosial dan budaya.

Vygotsky menekankan bagaimana proses-proses perkembangan mental seperti ingatan, perhatian, dan penalaran melibatkan pembelajaran menggunakan temuan-temuan masyarakat seperti bahasa, sistem matematika, dan alat-alat ingatan. Ia juga menekankan bagaimana anak-anak dibantu berkembang dengan bimbingan dari orang-orang yang sudah terampil di dalam bidang-bidang tersebut. Penekanan Vygotsky pada peran kebudayaan dan masyarakat di dalam perkembangan kognitif berbeda dengan gambaran Piaget tentang anak sebagai ilmuwan kecil yang kesepian.Piaget memandang anak-anak sebagai pembelajaran lewat penemuan individual, sedangkan Vygotsky lebih banyak menekankan peranan orang dewasa dan anak-anak lain dalam memudahkan perkembangan si anak. Menurut Vygotsky, anak-anak lahir dengan fungsi mental yang relatif dasar seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian. Namun, anak-anak tak banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan, berfikir dan menyelesaikan masalah. lebih


5.0 Kekuatan pada Teori Jean Piaget (1896-1980


Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :

  1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira.
  2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
  3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :

  1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
  2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )

Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'.Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.

6.0 Kritikan pada Teori Jean Piaget dan Lev Vygotsky


6.1 Isu-isu Berkaitan Teori Piaget

Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidang Psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan perkembangan skema. Namun, teori dan kajiannya tetap menerima kritikan teutama berkaitan kelemahan teori dan metodologi yang digunakan. Dari segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Paiget tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.

Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu yang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia sepatutnya dapat menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama. Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini adalah bercanggah dengan teori Piaget.Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.

6.2 Kritikan pada Teori Jean Piaget (1896-1980)

Piaget telah member sumbangan yang amat besar dalam psikologi utama dari segi penerangannya tentang perkembangan kognitif yang luas. Walaupun bagaimanapun ahli-ahli psikologi yang lain sependapat bahawa teori tersebut mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut:

6.2.1 Ketidaksempurnaan

Piaget telah member kita satu rangka penerangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang amat berfaedah. Walaubagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tentang kaitan antara teorinya dengan peristiwa-peristiwa empirical, istilah-istilah penting seperti asimilasi, akomodasi, kseimbangan dan tahap-tahap perkembangan kognitifnya agak kurang jelas dan tidak tepat. Tambahan pula, beliau tidak menyatakan dengan jelas bagaimana kita tahu yang kanak-kanak itu berada dalam keadaan ketidakseimbangan. Namun demikian, Fisher (1980) telah menyarankan bahawa perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu bidang seperti bahasa, penyelesaian masalah, main peranan dan lain-lain bergantung pada pengalaman mereka.

Sebenarnya kita bukan sahaja perlu penjelasan tentang criteria pada setiap tahap tetapi juga bagaimana perpindahan daripada satu tahap kepda tahap yang lain. Piaget lebih Berjaya dalam menghurai tahap-tahap ini daripada menjelaskan pengaliran perkembangan. Dalam beberapa aspek, Piaget telah memperkecilakan perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya, ada kajian yang membuktikan bahawa kanak-kanak faham tentang konsep kekekalan objek lebih awal daripada apa yang dijangka oleh Piaget. Bukti-bukti kajian menunjukan bahawa kanak-kanak praoperasi kurang menunjukkan sifat egosentrik seperti yang disangka oleh Piaget. Begitu juga seseorang kanak-kanak praoperasi berupaya menyelesaikan konsep yang lebih kompleks daripada apa yang disarankan oleh Piaget jika kanak-kanak tersebut diberi kaedah kajian yang sesuai dengan mereka. Contohnya, jika keadaan kajian keupayaan kekekalan diatur dengan cermat agar jawapan kanak-kanak tidak terlalu bergantung pada keupayaan bahasa mereka., kanak-kanak praoperasi ternyata Berjaya member jawapan yang betul.

6.2.2 Metologi

Satu kelemahan teori Piaget ialah ketidaksesuain kaedah yang beliau gunakan untuk kemungkinan wujud keputusan yang biasa kerana bilangan responden yang sedikit, tiada pemerhatian yang lain dan kurang kawalan semasa Piaget jalankan kajian. Apabila kajian yang sama dijalankan dengan lebih ramai responden dan kawalan yang lebih baik dalam makmal, aliran tahap perkembangan Piaget jalankan kajian. Apabila dalam makmal, aliran tahap tahap perkembangan piaget dapat membuktikan kebenarannya tetapi tidak pada umur sebenar perubahn itu berlaku. Kajian Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif awal bergantung pada aktiviti motor dan deria. Beliau tidak berfikir bahawa mungkin keupayaaan otak bayi berkembang lebih cepat daripada keupayaan motor dan deria. Piaget percaya bahawa bayi tidak faham tentang konsekuen tindakan mereka terhadap persekitaran sehingga berumur 4 atau 5 bulan iaitu apabila mereka mempunyai kawalan ke atas pergerakan tangan mereka. Walaubagaimanpun, ada kajian terkini yang telah membuktikan bahawa bayi yang berumur 2 bulan pun telah dapat memahami bahawa tindakan mereka akan member kesan terhadap persekitaran.