Tuesday, March 23, 2010

6.0 Kritikan pada Teori Jean Piaget dan Lev Vygotsky


6.1 Isu-isu Berkaitan Teori Piaget

Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidang Psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan perkembangan skema. Namun, teori dan kajiannya tetap menerima kritikan teutama berkaitan kelemahan teori dan metodologi yang digunakan. Dari segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Paiget tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.

Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu yang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia sepatutnya dapat menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama. Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini adalah bercanggah dengan teori Piaget.Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.

6.2 Kritikan pada Teori Jean Piaget (1896-1980)

Piaget telah member sumbangan yang amat besar dalam psikologi utama dari segi penerangannya tentang perkembangan kognitif yang luas. Walaupun bagaimanapun ahli-ahli psikologi yang lain sependapat bahawa teori tersebut mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut:

6.2.1 Ketidaksempurnaan

Piaget telah member kita satu rangka penerangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang amat berfaedah. Walaubagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tentang kaitan antara teorinya dengan peristiwa-peristiwa empirical, istilah-istilah penting seperti asimilasi, akomodasi, kseimbangan dan tahap-tahap perkembangan kognitifnya agak kurang jelas dan tidak tepat. Tambahan pula, beliau tidak menyatakan dengan jelas bagaimana kita tahu yang kanak-kanak itu berada dalam keadaan ketidakseimbangan. Namun demikian, Fisher (1980) telah menyarankan bahawa perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu bidang seperti bahasa, penyelesaian masalah, main peranan dan lain-lain bergantung pada pengalaman mereka.

Sebenarnya kita bukan sahaja perlu penjelasan tentang criteria pada setiap tahap tetapi juga bagaimana perpindahan daripada satu tahap kepda tahap yang lain. Piaget lebih Berjaya dalam menghurai tahap-tahap ini daripada menjelaskan pengaliran perkembangan. Dalam beberapa aspek, Piaget telah memperkecilakan perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya, ada kajian yang membuktikan bahawa kanak-kanak faham tentang konsep kekekalan objek lebih awal daripada apa yang dijangka oleh Piaget. Bukti-bukti kajian menunjukan bahawa kanak-kanak praoperasi kurang menunjukkan sifat egosentrik seperti yang disangka oleh Piaget. Begitu juga seseorang kanak-kanak praoperasi berupaya menyelesaikan konsep yang lebih kompleks daripada apa yang disarankan oleh Piaget jika kanak-kanak tersebut diberi kaedah kajian yang sesuai dengan mereka. Contohnya, jika keadaan kajian keupayaan kekekalan diatur dengan cermat agar jawapan kanak-kanak tidak terlalu bergantung pada keupayaan bahasa mereka., kanak-kanak praoperasi ternyata Berjaya member jawapan yang betul.

6.2.2 Metologi

Satu kelemahan teori Piaget ialah ketidaksesuain kaedah yang beliau gunakan untuk kemungkinan wujud keputusan yang biasa kerana bilangan responden yang sedikit, tiada pemerhatian yang lain dan kurang kawalan semasa Piaget jalankan kajian. Apabila kajian yang sama dijalankan dengan lebih ramai responden dan kawalan yang lebih baik dalam makmal, aliran tahap perkembangan Piaget jalankan kajian. Apabila dalam makmal, aliran tahap tahap perkembangan piaget dapat membuktikan kebenarannya tetapi tidak pada umur sebenar perubahn itu berlaku. Kajian Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif awal bergantung pada aktiviti motor dan deria. Beliau tidak berfikir bahawa mungkin keupayaaan otak bayi berkembang lebih cepat daripada keupayaan motor dan deria. Piaget percaya bahawa bayi tidak faham tentang konsekuen tindakan mereka terhadap persekitaran sehingga berumur 4 atau 5 bulan iaitu apabila mereka mempunyai kawalan ke atas pergerakan tangan mereka. Walaubagaimanpun, ada kajian terkini yang telah membuktikan bahawa bayi yang berumur 2 bulan pun telah dapat memahami bahawa tindakan mereka akan member kesan terhadap persekitaran.

No comments:

Post a Comment