Tuesday, March 23, 2010

7.0 Rumusan


Sumbangan penting Piaget dan Vygotsky harus dianalisis dari segi perkembangan pemikiran pelajar iaitu bagaimana kanak-kanak berfikir dan bertingkah laku. Keperluan guru memerhati pelajar dengan teliti untuk membantu pembelajaran yang berdasarkan perkembangan kognitif adalah menjadi asas yang kukuh dalam menterjemahkan idea Piaget dan Vygotsky dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Pemprosesan informasi membincangkan bagaimana pelajar menerima dan mengorganisasikan informasi dalam memori. Pendekatan pemprosesan informasi mengemukakan pelbagai model tentang bagaimana minda memproses sesuatu, menerima dan mencungkil ilmu pengetahuan yang telah dimanipulasikan melalui proses interaksi pada persekitaran yang menjelaskan bagaimanapelajar belajar dengan bantuan proses kognitif. Fokus kepada teori ini, menerangkan bagaimana pelajar mengalami dan memahami makan dan mengingatkan semua informasi dan ilmu pengetahuan yang dipelajari melalui proses kognitif sejak kecil lagi melalui pembelajaran formal di sekolah dan tidak formal iaitu di persekitaran mereka. Dalam pada itu, dianalisis juga teori perkembangan kognitif Piaget, pengaruh sosiobudaya Vygotsky, pemprosesan informasi, peranan metakognitif dan teori-teori kognitif kontemporari yang diketengahkan muktahir ini.

Pendekatan-pendekatan yang dibincangkan memaparkan bagaimana aspek kognitif manusia berkembang mengikut urutan masa sejak zaman Piaget lagi. Kajian tentang perkembangan kognitif Piaget, Neo-Piaget iaitu Vygotsky dan teori pemprosesan informasi peranan metakognitif dan teori kognitif kontemporari di teliti untuk seterusnya. Pada dasarnya, manusia dapat mengembangkan idea, pemikiran dan pembelajaran mengikut peredaran masa dan zaman. Apabila manusi membesar dari peringkat bayi ke peringkat kanak-kanak dan seterusnya remaja, didapati mereka mempunyai keupayaan untuk berinteraksi dengan pemikiran dan bertingkah laku untuk mengembangkan pengalam hidup.

No comments:

Post a Comment